~SEJARAH SEKOLAH~
Pelajaran bagi anak-anak Melayu di Teluk Intan ini bermula dari sebuah bangunan kecil di jln Ah Cheong iaitu SRJK(T), Jalan Ah Cheong sekarang ini. Kemudian murid-murid lelaki telah ditempatkan ke bangunan lain di Jln Maharani (SK Sri Intan) Pada tahun 1937 pihak pentadbir Inggeris telah mendirikan sebuah bangunan lain disatu kawasan seluas 3 ekar 2 rod 11 pole di Jln Sg. Nibong/Jln Maharani telah dipindahkan ke bangunan ini yang dinamakan Sekolah Kebangsaan Laki-Laki, Teluk Anson.
Bangunan sekolah Kebangsaan laki-laki ini berbentuk yang mengandungi 9 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru besar, ruang untuk pejabat & tandas. Guru Besar nya yang mula-mula sekali ialah Allahyarham Cikgu Abd. Majid Bin Pandak (1938-1942)
Antara tahun 1930'an hingga ke tahun 1950'an, perkembangan pelajaran & pembelajaran sekolah ini bergerak maju setingkat. Pada masa itu, sekolah ini merupakan sebuah Sekolah melayu yang paling baik dan maju dalam daerah Hilir Perak. Tambahan pula bagi julung kalinya, sekolah ini mempunyai darjah 6, maka bertambah ramailah anak-anak melayu dari sekolah-sekolah lain. dalam daerah ini datang untuk meneruskan pelajaran mereka ke darjah 6 disini. Pada tahun 1954, darjah 7 pula diadakan, maka bilangan murid-murid pun bertambah ramai. Mengikut catitan pada tahun 1956 jumlah muridnya ialah 587 orang dan guru nya seramai 23 orang. Dengan keramaian murid-murid yang dianggap paling ramai pada masa itu, maka pihak pentadbir telah mendirikan 2 buah bangunan tambahan yang mengandungi 6 bilik darjah.
Walaupun perkembangan pelajaran, pelajaran di sekolah-sekolah melayu sebelum merdeka dahulu adalah di bawah dasar penjajah inggeris, namun murid-murid dari sekolah ini tetap maju dalam pelajaran dan juga dalam bidang permainan. Pada masa itu,selain daripada didikan ilmu pengetahuan, murid-murid juga diajar dalam bidang pertukangan kayu,berkebun sayur, & didikan ugama islam(bermula tahun 1955) dibawah tadbir Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perak. Ramai murid-murid lepasan sekolah ini (sebelum Merdeka) telah menjadi guru,polis,askar,Penghulu,kerani & juga Petani serta Peniaga yang berpengetahuan.
Selepas kemerdekaan, dasar Pelajaran Kebangsaan telah dilancarkan. semua sekolah rendah telah diberi pelajaran percuma & bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaaan (yang dahulunya sekolah inggeris) telah ditukar kepada bahasa malaysia, begitu juga pelajaran Ugama Islam telah diadakan di semua jenis sekolah yang ada murid-murid islam lebih daripada 15 orang, maka dengan ini sudah tidak ada perbezaan lagi diantara Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan. Ekoran dari itu maka ramailah ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah masing-masing yang mempunyai bangunan & kelengkapan yang lebih menarik. Keadaan ini menyebabkan bilangan murid-murid sekolah ini merosot. Pada masa ini bilangan murid-murid di sini adalah lebih kurang 300 orang sahaja, iaitu jauh bezanya dari yang terdapat pada masa sebelum merdeka.
Sejajar dengan dasar Pelajaran Kebangsaan, murid-murid sekolah ini telah meneruskan pelajaran mereka ke sekolah menengah.ada juga yang telah berjaya masuk ke Sekolah Menengah Berasrama penuh.Kini terdapat ramai diantara mereka meneruskan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi di dalam negara & di seberang Laut.dalam bidang sukan & permainan pula, sekolah ini turut mengambil bahagian & menyertai pertandingan Bola Sepak,hoki,sepak Takraw,badminton,rounders,&Olahraga yang dianjurkan oleh MSSPK.
Masa berjalan mengikut peredaran zaman,kini keadaan bangunan sekolah yang telah dibina dalam tahun 1930'an itu sudah todak sesuai lagi dikalangan jenerasi baru.Oleh itu pada bulan September 1980,bangunan sekolah yang lama telah dirobohkan.Berikutan dengan itu sebuah bangunan tiga tingkat telah didirikan di atas tapaknya.Bangunan ini mengandungi 12 bilik darjah,pejabat,bilik guru besar,bilik perpustakaan,bilik guru,kantin,tandas dan stor.bangunan baru ini telah mula digunakan pada hari Isnin 03hb Mei 1982.
Pada hari ini 30hb September 1982 bangunan baru ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Baginda juga telah berkenan mengurniakan nama baru bagi sekolah ini dengan nama batang tubuh baginda sendiri iaitu Sek Keb sultan Idris II.